Thursday, 3 February 2011

Seharian Di Jeram Pasu









Ari nie plan baik punya..melepak kat jeram pasu ngan kwan2..memang best la sebab dah lame tak berenang nie maklumlah aku nie pantang jumpa air,kalau dah jumpa air macam ikan la jadinye..Nie first time orang ipoh sampai sini..Si Bard la sape lagi tapi die tak tahan lame kat sini skejap je dah kecut satu badan,mau tak kecut air dah macam air batu..sejuk semacam je..tapi bagi aku biasa je sebab aku dah biasa ngan suasana sini..Ape yang best kat jeram nie ade satu gelosnor air..memang best giler men gelonsor kalah budak2 kecik..Beselah dah lame tak main gelonsor..

Tuesday, 1 February 2011

Menghabiskan Masa Di Kelantan










Balik Kelantan memang seronok la..tak tau nak cakap macam mana tapi memang seronok sangat2 la..kali nie bard ikot aku balik kelantan..Kami stay kat umah Mak Angkat aku kat pantai sabak..Sminggu jugak la cuti sembena ngan Chinese New year..Kalau pasal pengalaman bard kat kelantan tu kene tanya die la ape yang die rase.Tapi impak yang die tinggal kat kelantan memang besar la..Terkejut aku mendengarnye..ape boleh buat die memang hebat dan memang xde tandingan lagi stakat nie..mesti Bard bangga bila bace nie..hahha..Xde pape la bard aku memang ikhlas nak puji ko nie..

Sunday, 16 January 2011

Sungai Junjung Here We Come











Sungai junjung..Tempat nie boleh tahan la,suasana okay cuma keadaan air ngan kolam die je yang kurang skit tapi kesah plak aku,asal jumpa air je layan sume...Time nie kami ke sana naik motor ramai2 saje2 ilangkan bosan sebab tak tau nak wat ape pon kat umah..Dok umah online je la keje yang kami reti macam xde keje laen kan..kat Sungai nie best sangat2 siap maen kejar2 maen lambung2..Tak tahan aku nak menanggung.dah la letih kene kejar ngan dorang pastu kene campak dalam air plak,memang trajis la..Pape pon Sungai Junjung Memang BEST and ENJOY la..

Tuesday, 23 November 2010

Disaat Menenangkan Fikiran










Biasalah hidup kita nie tak akan pernah lari dari masalah.masalah nie boleh ade pade sape2 aje tetapi bergantung la pada diri seseorang tu macam mana die mengatasi atau menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya tu..bagi aku setiap masalah atau musibat yang menimpa mesti ada hikmah disebalinya. Berehat atau berkunjung di tempat2 yang tenang boleh menenangkan fikiran buat seketika..So jika anda sume ade masalah tak kira la besar ke kecik ke cube la berkunjung ke tempat yang tenang mesti tenang skit kepala tu..

Sunday, 7 November 2010

Jauh Perjalanan Luas Permandangan Ke Ipoh







Kali nie aku menjauhkan perjalanan dan meluaskan pandangan aku ke ipoh plak..First time sampai ipoh nie..Sebelum nie tak pernah sampai ke ipoh just kennal name ipoh je,tempatnye xtau dimana..Anyway ipon nie boleh tahan la best jugak same cam Kl la...Tapi ipoh nie lebih tenang ,aman dan sebagainye..habis sume idong orang ipoh kembang lepas bace nie..ehehe.Tp iklas la aku tak tipu yang ipoh nie memang best and tak tau bila plak aku akan jejakkan kaki aku ke sana lagi..Kebetulan ade kat ipoh nie aku join majlis perkahwinan abang si fizerul nie..Yang lain pon turut ade.kami punya Ava pon ade,Bard,Minul ,Daus,Sayyid and so on la..Memang enjoy je majlis nie..Semoga hubungan Abang Fizerul bersama Isterinya berkekalan hingga  ke anak cucu..Amin...

Thursday, 4 November 2010

Lost World Of Tambun Best..














Lost World Of Tambun memang Best sangat2 sampaikan aku rase macam tak nak balik..macam biasala aku kan pantang jumpa tempat yang banyak air nie..Berenang ,berguling,merangkak,menyelam sume aku buat sebab tu memang best la..hahaha..Terima kasih buat Bard ,Daus,Ava, and so on yang sudi memeriahkan lagi keadaan..memang ENJOY sangat2 kat Lost World nie jika nak dibandingkan dengan Sunway Lagoon aku lebih suke Lost World la sebab suasana die amat berbeza ngan water theme park yang lain yang pernah aku  sampai.

Tuesday, 19 October 2010

Beranikah Aku

Banyak persoalan yang bermain diminda aku dan aku tak tahu macam mana aku nak menjawab segala persoalan yang bermain diminda aku dan aku seakan-akan sedang dipermainkan oleh teka-teki hidup yang merumitkan keadaan.Persoalan yang sentiasa bermain dipikiran aku ialah bolekah aku jadi yang terbaik seperti yang lain dan adakah aku berani menyahut cabaran..Segala nya bermain diminda dan ia datang secara tiba2 tanpa sebarang amaran.Apa yang aku pikir sekarang ialah aku berani kerana benar dan aku berani kerana aku ikhlas nak membantu.Tadi aku buat dua CPR tapi semuanya tamat selepas setengah jam,dan aku pikir mungkin masa mereka dah tiba dan aku redha dengan segala yang terjadi..Semoga aku terus berani untuk meneruskan perjuangan aku..

Sunday, 17 October 2010

First Day Kat Last Ward

Hari ni merupakan hari yang pertama aku bertukat kat penempatan terakhir aku bagi sem 4 ni..Aku harap pengalaman lepas akan banyak mengajar aku untuk terus menjadi yang terbaik diantara yang terbaik kerana ini merupakan peluan yang terakhir untuk aku buktikan kepada semua orang yang aku mampu untuk berjaya.Harap2 aku dapat lalui penempatan terakhir ni dengan penuh pengalaman manis bukan pengalaman pahit dan aku berharap banyaklah perkara yang aku dapat belajar kat tempat ni kerana aku masih mentah dalam semua perkara dan aku memerlukan bimbingan untuk aku terus berjaya seperti orang lain..Percayalah aku yakin dengan diri aku dan aku bersemangat untuk teruskan perjuangan ini semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirangcang..

Friday, 15 October 2010

Sekali Lagi Aku Merasakannya

Sekali lagi aku merasakan kesakitan yang teramat menyiksa hidup aku,dah la selesema ni tak sembuh2 lagi,dah seminggu aku selesema tapi mcm tak ada perubahan walau dah seguni aku makan ubat.Hari mungkin merupakan hari yang malang bagi aku,mase nak gi masjid tadi,sedang aku melipat seluar aku tetiba aku rasa nak pitam dan macam ada sesuatu yang amat keras melanggar kepala aku,rupe-rupenye aku terlanggar bucu tiang yang amatlah tajam.Memang menyakitkan dan naseb baek aku tak pengsan kat tempat kejadian.Dengan keadaan yang amat blur aku meneruskan langkah aku menuju kehadapan dan aku tak sedar yang kepala aku sedang berdarah sampai la ada member aku tegur aku dan bagi tau kepala aku sedang berdarah,memang terkejutla melihat darah kat kepala aku dan kebengkakkan mula terasa dan pening kepala aku makin bertambah,Naseb baik la ada kan aku yang bantu aku kalau tak tak tahu la ape nak jadi ngan aku..Terima kaseh kawan2 aku terutamanya Nasrul Naim yang membalut luka aku banyak kali walau tak cantik mane pon balutan ko,tapi aku hargai kerana ada gak kawan nak tolong aku time aku kesakitan..Terima kasih sekali lagi..

Monday, 11 October 2010

Tak Suke

Ape la nak jadi ngan aku ari nie.Makin hari makin malas rasanya nak teruskan perjuangan aku sebagai seorang pelatih perubatan.Adakah aku patut berhenti diseparuh jalan saja atau aku patut teruskan perjuangan ini..Masa berlalu dengan pantas sehingga aku sendiri tak sedar ngan apa yang telah berlaku di depan mata aku dan aku kadang2 tak tahu nak buat apa..Tambahan pula aku tak berapa sihat kebelakangan ini.Dah seminggu aku selesema,benci betul ngan perasaan ini,nak buat keje pon jadi tak selesa,menganggu betul la selesema ni.Bila la selesema aku nak sembuh sebab dah habis sume jenis ubat aku telan tapi hasilnya tetap sama dan aku tak suke jika selesema ini masih berterusan kerana ia menganggu hidup aku,memang tak selesa.Tapi nak wat macam mana mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni,so aku redha dengan apa yang telah ditentukan kepada aku.Aku berjanji ngan diri aku sendiri yang aku akan terus berdiri dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik kerana aku skang ni memikul beban yang agak berat,so aku akan terus berusaha sampai aku berjaya.Percayalah..

Monday, 4 October 2010

Hari Pertama Di Wad Perubatan

Hari nie merupakan hari pertama untuk aku posting di unit perubatan di wad perubatan satu lama di Hospital Tuanku Fauziah.Hari yang agak memeritkan dalam idop aku.Masuk mula2 dah kene marah sebab lewat 1 minit je bukan lewat 1jam..Tapi takpe la aku ambik iktibar dari kejadian ini..Tapi aku rase cam blur skit kat wad ni sebab aku tak diberi orientasi yang cukup untuk memulakan kerja2 harian aku,aku tak tahu apa yang aku bleh buat dan apa yang aku patut buat..Tapi takpe la wat2 macam dah biasa je la..Pape pon pengalaman lepas banyak mengajar aku sebab itu aku tak berapa rasa keko nak buat keje..Tapi yang aku sakit hati staff dalam wad nie men suruh aku wat keje macam aku nie sorang orang gaji.Dieorang ingat kerajaan bayar gaji aku untuk jadi Madi ke..Ape la depa sume ni..Sakit ati je.Tapi takpe la aku kuatkan semangat aku untuk teruskan kerjaya aku dan yang penting setakat ni segala kerja aku adalah ikhlas..