Sunday 19 September 2010

Time To Go To Alor Star


Masa cuti aku dah tamat dah..So dah tiba masanya aku balik semula ke alor star untuk teruskan pengajian aku..Maklumlah dunia pelatih macam nie la..xde la lame sangat cuti tapi aku seronok sangat la dapat cuti dan beraya dikampung.Mesti aku akan rindu ngan kampung aku lepas nie sebab ayah aku bagi tau yang kami akan pindah ke kuala lumpur tak lame lagi..aku kalau boleh tak mau pinda ke kuala lumpur tapi apa kan daya aku tak mampu untuk berbuat ape2..aku hanya menurut perintah..memang la sayang nak tinggalkan kampung nak tinggalkan kawan2 tapi dah aku terpaksa ikut ayah aku pindah..Redha je la..yang penting mak ngan ayah aku happy..pasala kampung mungkin kalau cuti panjang aku bleh balik..Sebak hatiku nak naik bas nak pulang ke alor star,memang berat rasenya nak pijak tangga bas..Tapi aku kuatkan semangat aku dan terus melangkah menuju ke tempat duduk aku..Perasaan sedih mula bermain dimata sewatu melihat adik2 aku melambaikan tangan kepada aku sebagai tanda aku akan pergi meninggalkan mereka untuk teruskan pelajaran aku..Aku akan rindu detik2 manis aku semasa berada dikampung..

No comments: