Tuesday, 1 February 2011
Menghabiskan Masa Di Kelantan
Balik Kelantan memang seronok la..tak tau nak cakap macam mana tapi memang seronok sangat2 la..kali nie bard ikot aku balik kelantan..Kami stay kat umah Mak Angkat aku kat pantai sabak..Sminggu jugak la cuti sembena ngan Chinese New year..Kalau pasal pengalaman bard kat kelantan tu kene tanya die la ape yang die rase.Tapi impak yang die tinggal kat kelantan memang besar la..Terkejut aku mendengarnye..ape boleh buat die memang hebat dan memang xde tandingan lagi stakat nie..mesti Bard bangga bila bace nie..hahha..Xde pape la bard aku memang ikhlas nak puji ko nie..
Sunday, 16 January 2011
Sungai Junjung Here We Come
Sungai junjung..Tempat nie boleh tahan la,suasana okay cuma keadaan air ngan kolam die je yang kurang skit tapi kesah plak aku,asal jumpa air je layan sume...Time nie kami ke sana naik motor ramai2 saje2 ilangkan bosan sebab tak tau nak wat ape pon kat umah..Dok umah online je la keje yang kami reti macam xde keje laen kan..kat Sungai nie best sangat2 siap maen kejar2 maen lambung2..Tak tahan aku nak menanggung.dah la letih kene kejar ngan dorang pastu kene campak dalam air plak,memang trajis la..Pape pon Sungai Junjung Memang BEST and ENJOY la..
Tuesday, 23 November 2010
Disaat Menenangkan Fikiran
Biasalah hidup kita nie tak akan pernah lari dari masalah.masalah nie boleh ade pade sape2 aje tetapi bergantung la pada diri seseorang tu macam mana die mengatasi atau menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya tu..bagi aku setiap masalah atau musibat yang menimpa mesti ada hikmah disebalinya. Berehat atau berkunjung di tempat2 yang tenang boleh menenangkan fikiran buat seketika..So jika anda sume ade masalah tak kira la besar ke kecik ke cube la berkunjung ke tempat yang tenang mesti tenang skit kepala tu..
Sunday, 7 November 2010
Jauh Perjalanan Luas Permandangan Ke Ipoh
Kali nie aku menjauhkan perjalanan dan meluaskan pandangan aku ke ipoh plak..First time sampai ipoh nie..Sebelum nie tak pernah sampai ke ipoh just kennal name ipoh je,tempatnye xtau dimana..Anyway ipon nie boleh tahan la best jugak same cam Kl la...Tapi ipoh nie lebih tenang ,aman dan sebagainye..habis sume idong orang ipoh kembang lepas bace nie..ehehe.Tp iklas la aku tak tipu yang ipoh nie memang best and tak tau bila plak aku akan jejakkan kaki aku ke sana lagi..Kebetulan ade kat ipoh nie aku join majlis perkahwinan abang si fizerul nie..Yang lain pon turut ade.kami punya Ava pon ade,Bard,Minul ,Daus,Sayyid and so on la..Memang enjoy je majlis nie..Semoga hubungan Abang Fizerul bersama Isterinya berkekalan hingga ke anak cucu..Amin...
Thursday, 4 November 2010
Lost World Of Tambun Best..
Lost World Of Tambun memang Best sangat2 sampaikan aku rase macam tak nak balik..macam biasala aku kan pantang jumpa tempat yang banyak air nie..Berenang ,berguling,merangkak,menyelam sume aku buat sebab tu memang best la..hahaha..Terima kasih buat Bard ,Daus,Ava, and so on yang sudi memeriahkan lagi keadaan..memang ENJOY sangat2 kat Lost World nie jika nak dibandingkan dengan Sunway Lagoon aku lebih suke Lost World la sebab suasana die amat berbeza ngan water theme park yang lain yang pernah aku sampai.
Tuesday, 19 October 2010
Beranikah Aku
Banyak persoalan yang bermain diminda aku dan aku tak tahu macam mana aku nak menjawab segala persoalan yang bermain diminda aku dan aku seakan-akan sedang dipermainkan oleh teka-teki hidup yang merumitkan keadaan.Persoalan yang sentiasa bermain dipikiran aku ialah bolekah aku jadi yang terbaik seperti yang lain dan adakah aku berani menyahut cabaran..Segala nya bermain diminda dan ia datang secara tiba2 tanpa sebarang amaran.Apa yang aku pikir sekarang ialah aku berani kerana benar dan aku berani kerana aku ikhlas nak membantu.Tadi aku buat dua CPR tapi semuanya tamat selepas setengah jam,dan aku pikir mungkin masa mereka dah tiba dan aku redha dengan segala yang terjadi..Semoga aku terus berani untuk meneruskan perjuangan aku..
Sunday, 17 October 2010
First Day Kat Last Ward
Hari ni merupakan hari yang pertama aku bertukat kat penempatan terakhir aku bagi sem 4 ni..Aku harap pengalaman lepas akan banyak mengajar aku untuk terus menjadi yang terbaik diantara yang terbaik kerana ini merupakan peluan yang terakhir untuk aku buktikan kepada semua orang yang aku mampu untuk berjaya.Harap2 aku dapat lalui penempatan terakhir ni dengan penuh pengalaman manis bukan pengalaman pahit dan aku berharap banyaklah perkara yang aku dapat belajar kat tempat ni kerana aku masih mentah dalam semua perkara dan aku memerlukan bimbingan untuk aku terus berjaya seperti orang lain..Percayalah aku yakin dengan diri aku dan aku bersemangat untuk teruskan perjuangan ini semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirangcang..
Friday, 15 October 2010
Sekali Lagi Aku Merasakannya
Sekali lagi aku merasakan kesakitan yang teramat menyiksa hidup aku,dah la selesema ni tak sembuh2 lagi,dah seminggu aku selesema tapi mcm tak ada perubahan walau dah seguni aku makan ubat.Hari mungkin merupakan hari yang malang bagi aku,mase nak gi masjid tadi,sedang aku melipat seluar aku tetiba aku rasa nak pitam dan macam ada sesuatu yang amat keras melanggar kepala aku,rupe-rupenye aku terlanggar bucu tiang yang amatlah tajam.Memang menyakitkan dan naseb baek aku tak pengsan kat tempat kejadian.Dengan keadaan yang amat blur aku meneruskan langkah aku menuju kehadapan dan aku tak sedar yang kepala aku sedang berdarah sampai la ada member aku tegur aku dan bagi tau kepala aku sedang berdarah,memang terkejutla melihat darah kat kepala aku dan kebengkakkan mula terasa dan pening kepala aku makin bertambah,Naseb baik la ada kan aku yang bantu aku kalau tak tak tahu la ape nak jadi ngan aku..Terima kaseh kawan2 aku terutamanya Nasrul Naim yang membalut luka aku banyak kali walau tak cantik mane pon balutan ko,tapi aku hargai kerana ada gak kawan nak tolong aku time aku kesakitan..Terima kasih sekali lagi..
Monday, 11 October 2010
Tak Suke
Ape la nak jadi ngan aku ari nie.Makin hari makin malas rasanya nak teruskan perjuangan aku sebagai seorang pelatih perubatan.Adakah aku patut berhenti diseparuh jalan saja atau aku patut teruskan perjuangan ini..Masa berlalu dengan pantas sehingga aku sendiri tak sedar ngan apa yang telah berlaku di depan mata aku dan aku kadang2 tak tahu nak buat apa..Tambahan pula aku tak berapa sihat kebelakangan ini.Dah seminggu aku selesema,benci betul ngan perasaan ini,nak buat keje pon jadi tak selesa,menganggu betul la selesema ni.Bila la selesema aku nak sembuh sebab dah habis sume jenis ubat aku telan tapi hasilnya tetap sama dan aku tak suke jika selesema ini masih berterusan kerana ia menganggu hidup aku,memang tak selesa.Tapi nak wat macam mana mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni,so aku redha dengan apa yang telah ditentukan kepada aku.Aku berjanji ngan diri aku sendiri yang aku akan terus berdiri dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik kerana aku skang ni memikul beban yang agak berat,so aku akan terus berusaha sampai aku berjaya.Percayalah..
Monday, 4 October 2010
Hari Pertama Di Wad Perubatan
Hari nie merupakan hari pertama untuk aku posting di unit perubatan di wad perubatan satu lama di Hospital Tuanku Fauziah.Hari yang agak memeritkan dalam idop aku.Masuk mula2 dah kene marah sebab lewat 1 minit je bukan lewat 1jam..Tapi takpe la aku ambik iktibar dari kejadian ini..Tapi aku rase cam blur skit kat wad ni sebab aku tak diberi orientasi yang cukup untuk memulakan kerja2 harian aku,aku tak tahu apa yang aku bleh buat dan apa yang aku patut buat..Tapi takpe la wat2 macam dah biasa je la..Pape pon pengalaman lepas banyak mengajar aku sebab itu aku tak berapa rasa keko nak buat keje..Tapi yang aku sakit hati staff dalam wad nie men suruh aku wat keje macam aku nie sorang orang gaji.Dieorang ingat kerajaan bayar gaji aku untuk jadi Madi ke..Ape la depa sume ni..Sakit ati je.Tapi takpe la aku kuatkan semangat aku untuk teruskan kerjaya aku dan yang penting setakat ni segala kerja aku adalah ikhlas..
Wednesday, 29 September 2010
Perjanjian Bermula
Ari nie bermula la satu lagi episod dalam idop aku..Aku pertaruhkan janji2 aku demi seorang kawan..Tapi yang menjadi persoalan sekarang nie,mampukah aku pertahankan janji2 yang telah aku ikat ngan kawan aku nie,sampai bilakah aku mampu pegang janji2 aku..Ini bukan hayalan tapi kenyataan,aku melafazkan janji aku kepada sahabat baik aku demi kebaikan dia..Aku kalau boleh taknak la tengok kawan aku sakit..Kalau boleh nak tengok kawan aku sihat dan selalu happy sebab appabila kawna aku sihat dan gembira aku pon boleh tumpang kegembiraan mereka..Mulai saat ini aku akan berjanji kepada diri aku sendiri yang aku takkan mungkir janji2 aku ngan sahabat baik aku naem..Aku harap perjanjian aku antara naem untuk berhenti merokok akan bertahan lama..Aku cuba kuatkan semangat aku untuk melawan nafsu aku untuk menjauhi rokok..Kepada sahabat baik aku naem aku harap janji kita ni kekal lame.
Friday, 24 September 2010
Rindu Ngan Adik2..
Bila la nak cuti lagi nie..tak sabar rasanya nak balik umah nak tengok adik2 aku..Tapi biasanya aku kalau balik umah memang tak melekat kat umah..Selalunya pergi melepak ngan kawan2 sampai pukul 3 pagi,balik2 umah adik2 dah tidor so aku rasa macam takde mase untuk adik2 aku la plak sedangkan mereka sentiasa mencari peluang untuk bermanja ngan aku..Tapi aku janji mulai ari nie aku taknak abaikan adik2 aku lagi..Aku sayang adik2 aku lebih dari segalanya..Aku harap adik2 aku sentiasa happy kat kampung..Nati ade mase Abang bawak korang jalan2 ye..nanti kita gi mandi bersama,makan bersama,main besama,tidor bersam and so on...Bila la adik2 aku sume nie nak besar tak sabar nak tengok korang sume besar..Aku akan tunggu saat korang besar biar lame mane pon aku menunngu..Aku janji aku akan lakukan yang terbaik dan aku akan sentiasa menyanyangi korang selamanya..Percayalah..
Tuesday, 21 September 2010
Bolehkah Aku
Apa yang berlaku kian hari membuatkan aku berfikiran lebih jauh..Adakah aku mampu teruskan hidup aku,mampukah aku jadi yang terbaik,mampukah aku berjaya merealisasikan segala impian yang aku idamkan selamat ini..Tapi aku berjanji ngan diri aku sendiri yang aku akan jadi yang terbaik untuk teruskan segala impian yang telah aku impikan selama ini..Tapi persoalannya sekarang bolehkah aku teruskan segala impian ini..Boleh ke aku berjaya mengaharungi cabaran untuk ke peringkat seterusnya..Aku kadang2 terpikir tentang hidup aku..Adakah aku mampu bahagiakan pasangan aku,bolehkah aku beri kebahagian kepada pasangan aku..Bolehkah aku jadi terbaik untuk pasangan aku..To my love I harap U dapat memahami keadaan hidup I..I cuba memberikan yang terbaik kepadamu..Maaf jika aku tak mapu berikan kebahagian dan kasih sayng secukupnya kepada mu..Tapi I akan cuba yang terbaik agar hubungan kita kekal selamnya..I nak kau tahu satu perkara je yang aku akan mencintaimu sepenuh hati I walau apa jua yang penghalang perhubungan kita akan I terus kuat dan bangkit melawan segala halangan yang cuba menghalang perhubungan kita..I nak jadi yang terbaik untuk dirimu..I sayang kamu selamanya..
Keseronokan Melanda
Hari nie seronok sangat sebab keje ari nie memang best sangat..Tadi aku ke sebuah tadika untuk bagi sedikit ceramah pendidikan kesihatan serta lakukan pemeriksaan fizikal kepada adik2 kat tadika..Memang seronok la dok ngan budak2 tadika sebab mereka sume comel2 dan nakal2..ari nie aku bagi ceramah tentang penjagaan kesihatan tapi aku tak pasti samaada adik2 kat tadika tu paham ke tak ape yang aku sampaikan sebab aku sendiri pon tak paham apa yang aku sampaikan..Tapi takpe la,aku rasa mereka paham la tu sebab mereka sume xde plak cakap tak paham..Lepas bagi ceramah aku lakukan pemeriksaan kesihatan,susah la tanya dak kecik sume bende mereka tak tahu tapi best sebab mereka sume spoting tak malu,lepas buat pemeriksaan fizikal kami dihiburkan oleh kanak2 tadika dengan dua buah lagu yang diajar oleh cikgu mereka..Persembahan yang agak menarik dari adik2 tadika yang comel2..lepas ke tadika,aku ke sekolah menengah entah ape namenye,aku lupa nama sekolah tu..Kat situ men cucuk2 dak form 3 la..bagi kebal skit..hehehe..yang paling best cikgu sekolah tu belanja kami makan,ye la,orang cakap bende free memang best..
Monday, 20 September 2010
First Time Posting Lepas Raya
Hari nie memang best skit ..Tadi sampai kat alor star jam 5.30 pagi,pastu ambik teksi terus ke kolej..tiba je kat kolej terus mandi ingatkan keje awal rupanya bas ke tempat keje baru gerak lewat skit,tapi takpe la semangat aku berkobar2 nak menuju ke tempat baru nie..Hari nie merupakan hari pertama aku bertugas kat unit kesihatan sekolah..Ari2 kene gi sekolah la jawabnye..rindu asenye ngan sekolah lame aku..so bagi sesape yang masih bersekolah sayangilah waktu sekolah anda kerana anda akan merinduinya satu masa akan datang..Sampai je kat tempat keje baru sume staff okay je..tengok muke dey all aku rase happy sebab sume staff kat sini nampak happy..Ari nie aku mengalami sedikit kesejukan kerana ujan lebat dan seluar aku sedikit basah,walau sejuk dan basah aku takkan jadikan ia sebagai alasan untuk aku tak lakukan ape2 kerja..Ari ni sronok dapat pi sekolah dan beramah mesra ngan adik2 yang masih bersekolah..Macam2 ragam ade kat sekolah ade yang takut ngn jarum la ade plak yang banyak soal la dan macam2 perangai yang aku jumpa..walau pape pon aku happy sangat hari nie..
Sunday, 19 September 2010
Time To Go To Alor Star
Masa cuti aku dah tamat dah..So dah tiba masanya aku balik semula ke alor star untuk teruskan pengajian aku..Maklumlah dunia pelatih macam nie la..xde la lame sangat cuti tapi aku seronok sangat la dapat cuti dan beraya dikampung.Mesti aku akan rindu ngan kampung aku lepas nie sebab ayah aku bagi tau yang kami akan pindah ke kuala lumpur tak lame lagi..aku kalau boleh tak mau pinda ke kuala lumpur tapi apa kan daya aku tak mampu untuk berbuat ape2..aku hanya menurut perintah..memang la sayang nak tinggalkan kampung nak tinggalkan kawan2 tapi dah aku terpaksa ikut ayah aku pindah..Redha je la..yang penting mak ngan ayah aku happy..pasala kampung mungkin kalau cuti panjang aku bleh balik..Sebak hatiku nak naik bas nak pulang ke alor star,memang berat rasenya nak pijak tangga bas..Tapi aku kuatkan semangat aku dan terus melangkah menuju ke tempat duduk aku..Perasaan sedih mula bermain dimata sewatu melihat adik2 aku melambaikan tangan kepada aku sebagai tanda aku akan pergi meninggalkan mereka untuk teruskan pelajaran aku..Aku akan rindu detik2 manis aku semasa berada dikampung..
Subscribe to:
Posts (Atom)