Tuesday, 19 October 2010

Beranikah Aku

Banyak persoalan yang bermain diminda aku dan aku tak tahu macam mana aku nak menjawab segala persoalan yang bermain diminda aku dan aku seakan-akan sedang dipermainkan oleh teka-teki hidup yang merumitkan keadaan.Persoalan yang sentiasa bermain dipikiran aku ialah bolekah aku jadi yang terbaik seperti yang lain dan adakah aku berani menyahut cabaran..Segala nya bermain diminda dan ia datang secara tiba2 tanpa sebarang amaran.Apa yang aku pikir sekarang ialah aku berani kerana benar dan aku berani kerana aku ikhlas nak membantu.Tadi aku buat dua CPR tapi semuanya tamat selepas setengah jam,dan aku pikir mungkin masa mereka dah tiba dan aku redha dengan segala yang terjadi..Semoga aku terus berani untuk meneruskan perjuangan aku..

Sunday, 17 October 2010

First Day Kat Last Ward

Hari ni merupakan hari yang pertama aku bertukat kat penempatan terakhir aku bagi sem 4 ni..Aku harap pengalaman lepas akan banyak mengajar aku untuk terus menjadi yang terbaik diantara yang terbaik kerana ini merupakan peluan yang terakhir untuk aku buktikan kepada semua orang yang aku mampu untuk berjaya.Harap2 aku dapat lalui penempatan terakhir ni dengan penuh pengalaman manis bukan pengalaman pahit dan aku berharap banyaklah perkara yang aku dapat belajar kat tempat ni kerana aku masih mentah dalam semua perkara dan aku memerlukan bimbingan untuk aku terus berjaya seperti orang lain..Percayalah aku yakin dengan diri aku dan aku bersemangat untuk teruskan perjuangan ini semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirangcang..

Friday, 15 October 2010

Sekali Lagi Aku Merasakannya

Sekali lagi aku merasakan kesakitan yang teramat menyiksa hidup aku,dah la selesema ni tak sembuh2 lagi,dah seminggu aku selesema tapi mcm tak ada perubahan walau dah seguni aku makan ubat.Hari mungkin merupakan hari yang malang bagi aku,mase nak gi masjid tadi,sedang aku melipat seluar aku tetiba aku rasa nak pitam dan macam ada sesuatu yang amat keras melanggar kepala aku,rupe-rupenye aku terlanggar bucu tiang yang amatlah tajam.Memang menyakitkan dan naseb baek aku tak pengsan kat tempat kejadian.Dengan keadaan yang amat blur aku meneruskan langkah aku menuju kehadapan dan aku tak sedar yang kepala aku sedang berdarah sampai la ada member aku tegur aku dan bagi tau kepala aku sedang berdarah,memang terkejutla melihat darah kat kepala aku dan kebengkakkan mula terasa dan pening kepala aku makin bertambah,Naseb baik la ada kan aku yang bantu aku kalau tak tak tahu la ape nak jadi ngan aku..Terima kaseh kawan2 aku terutamanya Nasrul Naim yang membalut luka aku banyak kali walau tak cantik mane pon balutan ko,tapi aku hargai kerana ada gak kawan nak tolong aku time aku kesakitan..Terima kasih sekali lagi..

Monday, 11 October 2010

Tak Suke

Ape la nak jadi ngan aku ari nie.Makin hari makin malas rasanya nak teruskan perjuangan aku sebagai seorang pelatih perubatan.Adakah aku patut berhenti diseparuh jalan saja atau aku patut teruskan perjuangan ini..Masa berlalu dengan pantas sehingga aku sendiri tak sedar ngan apa yang telah berlaku di depan mata aku dan aku kadang2 tak tahu nak buat apa..Tambahan pula aku tak berapa sihat kebelakangan ini.Dah seminggu aku selesema,benci betul ngan perasaan ini,nak buat keje pon jadi tak selesa,menganggu betul la selesema ni.Bila la selesema aku nak sembuh sebab dah habis sume jenis ubat aku telan tapi hasilnya tetap sama dan aku tak suke jika selesema ini masih berterusan kerana ia menganggu hidup aku,memang tak selesa.Tapi nak wat macam mana mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni,so aku redha dengan apa yang telah ditentukan kepada aku.Aku berjanji ngan diri aku sendiri yang aku akan terus berdiri dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik kerana aku skang ni memikul beban yang agak berat,so aku akan terus berusaha sampai aku berjaya.Percayalah..

Monday, 4 October 2010

Hari Pertama Di Wad Perubatan

Hari nie merupakan hari pertama untuk aku posting di unit perubatan di wad perubatan satu lama di Hospital Tuanku Fauziah.Hari yang agak memeritkan dalam idop aku.Masuk mula2 dah kene marah sebab lewat 1 minit je bukan lewat 1jam..Tapi takpe la aku ambik iktibar dari kejadian ini..Tapi aku rase cam blur skit kat wad ni sebab aku tak diberi orientasi yang cukup untuk memulakan kerja2 harian aku,aku tak tahu apa yang aku bleh buat dan apa yang aku patut buat..Tapi takpe la wat2 macam dah biasa je la..Pape pon pengalaman lepas banyak mengajar aku sebab itu aku tak berapa rasa keko nak buat keje..Tapi yang aku sakit hati staff dalam wad nie men suruh aku wat keje macam aku nie sorang orang gaji.Dieorang ingat kerajaan bayar gaji aku untuk jadi Madi ke..Ape la depa sume ni..Sakit ati je.Tapi takpe la aku kuatkan semangat aku untuk teruskan kerjaya aku dan yang penting setakat ni segala kerja aku adalah ikhlas..

Wednesday, 29 September 2010

Perjanjian Bermula




Ari nie bermula la satu lagi episod dalam idop aku..Aku pertaruhkan janji2 aku demi seorang kawan..Tapi yang menjadi persoalan sekarang nie,mampukah aku pertahankan janji2 yang telah aku ikat ngan kawan aku nie,sampai bilakah aku mampu pegang janji2 aku..Ini bukan hayalan tapi kenyataan,aku melafazkan janji aku kepada sahabat baik aku demi kebaikan dia..Aku kalau boleh taknak la tengok kawan aku sakit..Kalau boleh nak tengok kawan aku sihat dan selalu happy sebab appabila kawna aku sihat dan gembira aku pon boleh tumpang kegembiraan mereka..Mulai saat ini aku akan berjanji kepada diri aku sendiri yang aku takkan mungkir janji2 aku ngan sahabat baik aku naem..Aku harap perjanjian aku antara naem untuk berhenti merokok akan bertahan lama..Aku cuba kuatkan semangat aku untuk melawan nafsu aku untuk menjauhi rokok..Kepada sahabat baik aku naem aku harap janji kita ni kekal lame.

Friday, 24 September 2010

Rindu Ngan Adik2..



Bila la nak cuti lagi nie..tak sabar rasanya nak balik umah nak tengok adik2 aku..Tapi biasanya aku kalau balik umah memang tak melekat kat umah..Selalunya pergi melepak ngan kawan2 sampai pukul 3 pagi,balik2 umah adik2 dah tidor so aku rasa macam takde mase untuk adik2 aku la plak sedangkan mereka sentiasa mencari peluang untuk bermanja ngan aku..Tapi aku janji mulai ari nie aku taknak abaikan adik2 aku lagi..Aku sayang adik2 aku lebih dari segalanya..Aku harap adik2 aku sentiasa happy kat kampung..Nati ade mase Abang bawak korang jalan2 ye..nanti kita gi mandi bersama,makan bersama,main besama,tidor bersam and so on...Bila la adik2 aku sume nie nak besar tak sabar nak tengok korang sume besar..Aku akan tunggu saat korang besar biar lame mane pon aku menunngu..Aku janji aku akan lakukan yang terbaik dan aku akan sentiasa menyanyangi korang selamanya..Percayalah..

Tuesday, 21 September 2010

Bolehkah Aku

Apa yang berlaku kian hari membuatkan aku berfikiran lebih jauh..Adakah aku mampu teruskan hidup aku,mampukah aku jadi yang terbaik,mampukah aku berjaya merealisasikan segala impian yang aku idamkan selamat ini..Tapi aku berjanji ngan diri aku sendiri yang aku akan jadi yang terbaik untuk teruskan segala impian yang telah aku impikan selama ini..Tapi persoalannya sekarang bolehkah aku teruskan segala impian ini..Boleh ke aku berjaya mengaharungi cabaran untuk ke peringkat seterusnya..Aku kadang2 terpikir tentang hidup aku..Adakah aku mampu bahagiakan pasangan aku,bolehkah aku beri kebahagian kepada pasangan aku..Bolehkah aku jadi terbaik untuk pasangan aku..To my love I harap U dapat memahami keadaan hidup I..I cuba memberikan yang terbaik kepadamu..Maaf jika aku tak mapu berikan kebahagian dan kasih sayng secukupnya kepada mu..Tapi I akan cuba yang terbaik agar hubungan kita kekal selamnya..I nak kau tahu satu perkara je yang aku akan mencintaimu sepenuh hati I walau apa jua yang penghalang perhubungan kita akan I terus kuat dan bangkit melawan segala halangan yang cuba menghalang perhubungan kita..I nak jadi yang terbaik untuk dirimu..I sayang kamu selamanya..

Keseronokan Melanda



Hari nie seronok sangat sebab keje ari nie memang best sangat..Tadi aku ke sebuah tadika untuk bagi sedikit ceramah pendidikan kesihatan serta lakukan pemeriksaan fizikal kepada adik2 kat tadika..Memang seronok la dok ngan budak2 tadika sebab mereka sume comel2 dan nakal2..ari nie aku bagi ceramah tentang penjagaan kesihatan tapi aku tak pasti samaada adik2 kat tadika tu paham ke tak ape yang aku sampaikan sebab aku sendiri pon tak paham apa yang aku sampaikan..Tapi takpe la,aku rasa mereka paham la tu sebab mereka sume xde plak cakap tak paham..Lepas bagi ceramah aku lakukan pemeriksaan kesihatan,susah la tanya dak kecik sume bende mereka tak tahu tapi best sebab mereka sume spoting tak malu,lepas buat pemeriksaan fizikal kami dihiburkan oleh kanak2 tadika dengan dua buah lagu yang diajar oleh cikgu mereka..Persembahan yang agak menarik dari adik2 tadika yang comel2..lepas ke tadika,aku ke sekolah menengah entah ape namenye,aku lupa nama sekolah tu..Kat situ men cucuk2 dak form 3 la..bagi kebal skit..hehehe..yang paling best cikgu sekolah tu belanja kami makan,ye la,orang cakap bende free memang best..

Monday, 20 September 2010

First Time Posting Lepas Raya


Hari nie memang best skit ..Tadi sampai kat alor star jam 5.30 pagi,pastu ambik teksi terus ke kolej..tiba je kat kolej terus mandi ingatkan keje awal rupanya bas ke tempat keje baru gerak lewat skit,tapi takpe la semangat aku berkobar2 nak menuju ke tempat baru nie..Hari nie merupakan hari pertama aku bertugas kat unit kesihatan sekolah..Ari2 kene gi sekolah la jawabnye..rindu asenye ngan sekolah lame aku..so bagi sesape yang masih bersekolah sayangilah waktu sekolah anda kerana anda akan merinduinya satu masa akan datang..Sampai je kat tempat keje baru sume staff okay je..tengok muke dey all aku rase happy sebab sume staff kat sini nampak happy..Ari nie aku mengalami sedikit kesejukan kerana ujan lebat dan seluar aku sedikit basah,walau sejuk dan basah aku takkan jadikan ia sebagai alasan untuk aku tak lakukan ape2 kerja..Ari ni sronok dapat pi sekolah dan beramah mesra ngan adik2 yang masih bersekolah..Macam2 ragam ade kat sekolah ade yang takut ngn jarum la ade plak yang banyak soal la dan macam2 perangai yang aku jumpa..walau pape pon aku happy sangat hari nie..

Sunday, 19 September 2010

Time To Go To Alor Star


Masa cuti aku dah tamat dah..So dah tiba masanya aku balik semula ke alor star untuk teruskan pengajian aku..Maklumlah dunia pelatih macam nie la..xde la lame sangat cuti tapi aku seronok sangat la dapat cuti dan beraya dikampung.Mesti aku akan rindu ngan kampung aku lepas nie sebab ayah aku bagi tau yang kami akan pindah ke kuala lumpur tak lame lagi..aku kalau boleh tak mau pinda ke kuala lumpur tapi apa kan daya aku tak mampu untuk berbuat ape2..aku hanya menurut perintah..memang la sayang nak tinggalkan kampung nak tinggalkan kawan2 tapi dah aku terpaksa ikut ayah aku pindah..Redha je la..yang penting mak ngan ayah aku happy..pasala kampung mungkin kalau cuti panjang aku bleh balik..Sebak hatiku nak naik bas nak pulang ke alor star,memang berat rasenya nak pijak tangga bas..Tapi aku kuatkan semangat aku dan terus melangkah menuju ke tempat duduk aku..Perasaan sedih mula bermain dimata sewatu melihat adik2 aku melambaikan tangan kepada aku sebagai tanda aku akan pergi meninggalkan mereka untuk teruskan pelajaran aku..Aku akan rindu detik2 manis aku semasa berada dikampung..

Friday, 17 September 2010

Lepak Kat Pantai




Hari yang sungguh indah.Ari nie lepak kat Pantai Irama Kat Bachok,memang shonok la kat sane lame tak lepak kat tepi pantai.Maklumlah sume member sibuk ngan keje masing2,sume sibuk nak siapkan urusan kerje ngan urusan peribadi tapi aku,aku je yang free sebab aku tengah bercuti,lagi pon tinggal beberapa hari lagi sebelum aku bertolak ke Alor Star,memang berat aku nak tinggalkan kampung halaman tapi pape pon semangat persahabatan kami tak pernah luntur walau kami berjauhan..Lepak kat pantai memang seronok,dapat release tension.Memang best la lepak ngan member sabak gang..Masa berlalu ngan pantas sekali,tak sangka raye dah lepas dan aku pon dah tak ada masa yang lame lagi sebelum aku pulang ke Alor Star untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelatih.Pape pon aku memang happy dapat luangkan masa ngan kawan2 aku sume,Hope korang sume pon happy gak..All the best my frend..

Tuesday, 14 September 2010

Derma Darah



Hari nie merupakan hari dalam sejarah..Hari ni buat kali pertamanya semua Sabak Gang ke Tabung Darah Hospital Raja Perempuan Zainab untuk derma darah..Pergh memang terbaik la ari nie.Citer die macam nie sebenarnye..Mule2 aku ngan abng aku si yie tu plan nak gi derma darah..And the kami pergi la ke Hospital Raja Perempuan Zainab untuk menunaikan hasrat kami tadi,kebetulan pula si borhan nak gi sane gak jumpa doktor gigi,so cukup la sume pergi sane,si azim,ngan che ngah pon join skali..Sampai je kat sana kami terus cari blood bank..sampai je kat blood bank kami sume buat ujian kelayakan untuk penderma dara..hanya aku ngan yie je yang nak derma sebenarnya yang laen sume hampeh la..Tapi yang mengejutkan aku si yie dah kene reject sebab haemoglobin die rendah,aku pula direject sebab paras nadi aku tinggi sangat tak tau kenapa mungkin sebab aku tak cukup tidor kot.Rase rugi plak takleh derma tapi yang aku terkejut besar si azmi ni sanggup sahut cabaran dan die berjaya melepasi ujian,si borhan plak takleh nak derma sebab die baru je dapat vaksin ATT dan si che ngah plak macam biasa la,takut jarum la ape lagi..So dalam ramai2 sabak gang si azim je dapat derma darah..Aku bangga la ngan ko azim sebab ko berani nak bantu orang ramai la..Terbaik la..

Saturday, 11 September 2010

Barbeque Night



Malam nie aku terasa satu kelainan dalam idop aku..Aku tetibe je mengalirkan air mata sewaktu kepala aku kosong ..Entah apa yang aku pikirkan tapi aku terkenang melihat orang lain gembira besama ahli keluarga mereka..Aku nie ada je mak tapi macam takde.Buat ibuku tersayang tiada dendam yang aku simpan buatmu.Berat macam mana sekali pon aku tetap kena terima mu seadanya kerna kaulah yang satu,kaulah ibuku kaulah ratu hatiku..Kau merupakan penawar jika aku kesusahan kaulah kegembiraan sewaktu aku kesedihan tapi itu semua dulu..Skang nie kau banyak berubah wahai ibu.Mana kasih sayang mu dulu..Aku redha..hari nie kami buat BBQ,atleast dapat la jugak aku hilangkan rasa sedih aku..aku rase happy bila bersama kawan2 aku yang agak nakal..BBQ memang sangat best la malam nie..Ye la selalunya kami berlima je tapi malam nie satu kampung datang best sungguh malam nie..Segala masalah aku dengan tiba2nya terus hilang..Aku happy...

Monday, 6 September 2010

Balik Ke Kampung Tercinta



Hari nie pepagi lagi aku berkemas..semalaman aku tak tidor sebab tak sabar nak balik kelantan..bestnye dapat balik kampung...barang sume dah siap kemas pastu aku hanya menunggu masa tibanya untuk ke stesen bas..Punye la lame nak menunggu pagi sampai aku terlelap depan laptop..tetibe je mak cik aku kejut aku dan bagi tahu aku dah terlewat aku pon ape lagi pecut laju la ke toilet..mandi and then bersiap...pak cik aku dah tunggu kat tingkat bawah sambil memanaskan enjin kereta..nasib baek la pak cik aku ni pro bawak kete kalu tak xde harapan la aku nak balik kelantan..time nak naek bas tu,die punye driver amat sangat kuang ajar..mase beranak nie mak bapak die tak bagi makan asam limau kot sebab tu kurang asam..punye la belagak macam bas tu nenek die punye..kalau aku tak pikir puasa ngan nak balik kelantan dah lame aku terajang pak cik yang kurang asam tu tapi naseb baik la...sabar je la...Dalam perjalanan yang amat panjang aku mengalami pening kepala sebab jalan macam ular kene palu..die punye selekoh memang maut untuk dipandang tapi alhamdulilah aku selamat sampai kerumah dan dijemput oleh ayah kesayangan aku untuk berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain..Yang paling best ari nie aku tolong mama buat kuih buah melaka..memang best giler..first time buat bende tu besarnya macam penumbuk..ish2 terkejut mama tengok aku buat bende tu...

Sunday, 5 September 2010

Terkejut Besar



Ari nie takde pape yang special,Aku baru balik dari hospital sebab jumpa doktor nak ambik ubat..Tapi yang buat aku marah ari nie aku jumpa doktor yang pertama dalam malaysia yang bagi tau die takleh nak bagi ubat kat aku..Aku kehairanan kenapa die takleh nak bagi ubat sedangkan die merupakan seorang doktor..Kalu macam tu baik la tak payah jadi doktor kalu macam tu..jadi cleaner lagi bagus..Ari nie abe yie beli hanset baru..tetibe je dapat pangilan dari die tapi die nak uji aku kenal tak suara die..Aku gembira la die dah mule pakai hanset semula setelah lame die membuang hanset dalam kepala die..Bukan ape susah la nak kol die nak tanya khabar..Tapi takpe la..Yang aku terkejutnya die bertanyakan kepada aku adakah aku dah tahu tentang kemalangan borhan..Aku terkejut besar sebab aku baru je lepas bercakap ngan borhan tadi..Aku pon ape lagi terus call borhan dan ape yang aku dengar agak teruk la keadaan die.Aku dah mule tak senang hati tapi aku sabar sebab esok pagi aku dah nak balik..To borhan sabar ye..sok aku melawat ko..Aku harap ko okay dan cepat sembuh tau sebab tak lame lagi kite nak raye..

Sunday, 22 August 2010

Sampai Bila



Sampai bila aku harus pendam perasaan dendam aku nie sebab aku dah mula rasa bersala..Tapi ape yang aku pikirkan skang ni macam mana aku nak selesaikan masalah ini sebab aku berpendapat yang punca kejadian ini sangat la kecil dan ia telah merebak umpama barah didalam badan yang semakin membesar dan begitulah dengan masalah ini yang mulanya sangat la kecil tetapi disebabkan salah paham berlaku ia mula merebak dan memusnahkan ape yang bahagia dan ia meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya bagi aku..Persoalannya sekarang sampai bila aku nak berdedam,adakan aku yang patut mula minta maaf sedangakan ianya bukan berpunca dari aku,Aku hanya menjadi mangsa keadaan..Aku tak mampu memilih antara yang benar dan yang salah..Aku tak mampu untuk percaya kepada diri aku sendiri,Aku pikir ini adalah keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan berdiam diri tapi sampai bila aku mampu berdiam diri..kawan bagaikan permata yang sukar dicari apabila dapat simpanlah ia elok2 kerana apabila ia hilang susah untuk kita cari ganti..Sekarang ni aku hanya mampu berdoa agar kau berubah dan aku bersedia untuk menerima kau seadanya,walau perit dan pedih akan aku telan jua dan aku sanggup untuk lupakan segalanya jika kau berjanji kau akan berubah..Percayala..Kau yang pernah bergelar Sahabat..

Saturday, 21 August 2010

Bangga Dengan Diri Aku



Aku berasa bangga denga ape yang aku ade sekarang nie..Aku bangga menjadi diri aku yang sebenar sebab aku ada seorang ibu yang penyanyang dan memahami dan sanggup menjadi kawan baik aku sewaktu aku perlukannya,Aku bangga ada Ayah yang prihatin ngan anak2..Aku bangga ada sahabat yang memahami aku dan selalu menghiburkan aku sewaktu aku berduka lara..Aku juga bangga menpunyai teman hidop yang memahami yang boleh jadi kawan sewaktu aku lupa siapa aku serta menjadi telaga curahan isi hati aku..Aku bukan seperti dulu lagi aku dapat rasekan banyak perubahan yang terjadi kepada aku..Aku harap perkara macam nie dapat berterusan dan kalau boleh sampai bila-bila sebab aku tak nak kehilangan ape yang aku ada,So,aku akan terus berusaha untuk mengekalkan ape yang aku miliki sekarang..betul la kate orang kita patut bangga ngan apa yang kita ada yang mingkin tak ade pade orang lain serta kita perlu hargai ape yang kita ada sebelum kita kehilngannya buat selamanya..so mulai sekarang aku akan belajar untuk menghargai ape yang aku dan dan aku akan cuba untuk kekalkannya untuk selamanya..Harap2 segala doa dan permintaan aku dimakbulkan..AMIN..

Friday, 20 August 2010

Perlukah Aku



Perlukah aku berdiam diri bagi menutup segala kesalan yang telah terjadi atau perlukan aku meminta maaf walau ia bukan kesalahan aku atau perlukah aku menjauhkan diri sebab aku disalahkan atas kesalahan yang bukan aku lakukan..Ape yang harus aku lakukan..Aku buntu dan aku perlukan pertunjuk untuk aku mencari jawapan bagi menyelesaikan segala persoalan dan masalah yang bermain diminda aku..Aku tetap rase bersalah walau bukan aku yang lakukan kesalahan itu..Adakan ini takdir aku,dan adakah ini semua sekadar hayalan..Adakah aku yang salah atau aku yang dipersalahkan..Semakin hari semakin banyak persoalan yang bermain diminda..Ape yang terjadi mungkin ade hikmah disebaliknya dan aku perlu tabah menghadapi situsai ini..Aku adalah aku dan aku bukan bonekan yang boleh depergunakan sesuke hati dan aku masih punyai perasaan yang bukan untuk dipermainkan..Ingatlah tak guna juga kalau aku berterusan berbuat baik walau seikhlas mane skali pon jika orang tak sedang ape yang telah aku lakukan dan hanya aku menganggap aku hanya sampah yang boleh dibuang begitu saja bila aku tak diperlukan..Sorry la aku bukan seperti itu..Aku hanya mampu bersabar dan mengharapkan keajaiban yang datang dan mengubahkan segalanya untuk aku..

Thursday, 19 August 2010

Bila Dah Kesuntukan Mase



Mase tak berapa nak mengizinkan aku skang nie..aku selalu sibuk ngan kerja yang belambak..Dok dalam wad psikiatrik ni bnayak mengajar aku untuk mengenali diri sendiri serta aku belajar macam mana nak mengani stress,nak menghargai orang lain serta aku belajar untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik..Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari..Aku hanya insan yang lemah yang memerlukan bimbingan..Aku skang nie kesuntukan masa untuk belajar semua perkara tapi aku akan tetap mencuba untuk melakukan yang terbaik dan aku yakain yang aku akan mampu menghadapi semuan ini dengan hati yang tenang walaupun aku bersendirian..Tapi aku takkan pernah keseorangan kerana keluarga aku sentiasa disisi aku sewaktu aku perlukan semangat dari mereka..Aku akan cuba melakukan yang terbaik dari yang terbaik sebab aku yakin yang aku mampu lakukannya..Aku akan terus berusaha sehingga aku berjaya walau masa yang aku ada dah sampai ke penghujung..Aku takkan menjadikan kesuntukan masa sebagai satu halangan kepada aku skang nie..harap2 semua akan berjalan lancar seperti yang telah dirangcangan..Harap2 la..

Wednesday, 18 August 2010

Sampai Bila Aku Harus Bertahan




Semakin hari semakin besar cabaran yang aku terima,semakin banyak dugaan yang melanda dan semakin banyak halangan yang terpaksa untuk aku tempuhi untuk berjaya dalam idop ini..Ape yang aku rase sekarang nie takde sape yang tahu hanya diriku sorang yang menanggung segala penderitaan dan segala beban..Walau pape pon aku tetap kene harungi segala caban sebab aku tak nak kalah dalah perjuangan idop aku.Aku mesti la cukup kuat untuk menghadapi perperangan ini..Walau bagaimane besar cabaran yang aku hadapi akan aku teruskan jua..Aku masih punya Ibu serta Ayah yang selalu membakar semangat aku sewaktu aku lemah..Dan juga tak lupa yang aku punyai sahabat yang selalu ada bila aku perlukan pertolongan,serta aku masih punyai orang tersayang sebagai tempat aku meluahkan segala perasaan aku..To my Daddy and Mummy..I love u so much..To all my frends u all are the best and u all always in my mind..To my love i will love u forever..cintaku hanya untuk mu selanya dan tiada orang yang mampu mengantikan tempatmu jika kau tiada..walau kita berjauhan kau sentiasa di hati ku..Percayalah padaku..

Rindu Nak Memancing




Best la kalau dapat memancing,nak pulak mancing kat tepi laut comfirm best,Rindu sesangat ngan kawan2 aku..Time gi mancing memang tak sedarkan diri sampai kulit hangus dibakar sinaran mentari,Banyak kenangan sewaktu pergi memancing,ade kisah suka duka yang tersirat dalam memori kami yang kami takkan pernah lupa..Kalau la aku ade peluang untuk pergi memancing ngan kawan2 aku,memang aku tak lepaskan peluang macam nie,walau panas terik membakar kulit dan mengeringkan tekak akan kami tempuh jua sebab memancing ni adalah salah satu aktiviti kami di masa lapang,tambahan pula memancing nie memang menyeronokkan..Bila la nak balik umah nie..Aku nak gi mancing ikan kat tempat yang kami selalu pergi,tempat tu memang best dan tambahan plak tempat tu banyak ikan2 yang besar..Argh..Perasaan rindu aku kat kawan2 ngan rumah aku makin meningkat..Aku nak balik tapi ape kan daya masa memang tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian..Sabar je la buat masa nie..harap2 aku akan dapat balik umah..

Tuesday, 17 August 2010

Rase Bersalah


Entah macam mane perasaan aku menjadi tak tentu hala,ape yang aku pikirkan pon aku tak tau..tapi aku sedang memikirkan dan masih memikirkan sesuatu yang telah bermain diminda aku secara teba-tiba..Aku Dah dua,tiga hari dok pikir pasal abe yie ngan orang yang aku nak kenalkan kepada die..Tapi aku dah gagal dalam percubaan aku,aku rase bersalah yang teramat dasyat..Aku buntu dan keliru dengan ape yang patut aku lakukan..Macam mana aku nak tunaikan janji2 aku ngan abe yie kalau macam nie..Aku dah makin serabut dan tak tau nak buat ape2 lagi,Aku kalau boleh tak nak la mungkir janji ngan abe yie nie nanti ape plak yang die akan pikir sal aku plak..Aku memang rase bersalah sampaikan aku tidor pon tak lena,dan aku masih lagi mencari jalan untuk menc eritakan hal yang sebenar kepada abang yie..Mungkin aku terburu-buru ajukan pertanyaan kat budak tu kot..Tapi alasan budak tu bukan die tak nak terima abang yie tapi die nak tumpukan perhatian dia dalam pelajaran sebab die kate die tak nak hampakan harapan ibu dan bapa dia..Aku setuju ngan yang itu tapi aku dah janji nak kenalkan die kepada bae yie..Ah..Aku dah blur dalam kebuntuan..Perasaan bersalah menyelubungi diri aku..Aku harap aku dapat tebus kesalahan aku dan abe yie boleh terima berita ini dengan hati yang terbuka..Harap2 la..

Monday, 16 August 2010

Penat Sangat



Hari nie hari pertama aku puasa kat hospital.Hari nie aku bangun agak lewat dalam jam 10.30 pagi,bangkit je dari tidor aku terus mandi dan mencari baju kerja aku untuk digosok..Lepas je sia aku dok pusing2 dalam bilik entah ape yang aku pikir time nie aku sendiri pon tak tau..aku rase macam malas je nak gi kerja,mata aku agak lebam dan sukar nak melihat ngan jelas sebab aku rase sakit dan masih lagi dalam keadaan mengantuk tapi nak wat macam mane kerja tetap kerja,so aku pon ke kolej dengan bantuan pak cik aku..Pak cik aku hantar sampai ke pintu pagar kolej..Memang terbaik la hari nie naik je bas aku terus menyumbat telinga aku ngan earphone sambil menutup mate rapat2 sedar2 je aku dah sampai depan hospita..Sepanjang perjalanan aku tidor memang best la..Ari nie keje takde la sangat so aku buat keputusan untuk ke jabatan fisioterapi belajar buat bakul dari surat khabar,agak lame la aku kat dalam tu sampai lupa nak beli makan untuk buka puasa..Time nak ke bazar memang menyusahkan dah la kene tukar baju sebab takleh pakai baju keje pastu kene jalan jauh ,makanan mahal tambahan pula takde pilihan so makan pon main hentam je la..Makanan dah la tak sedap..Memang dugaan la,balik umah aku tibai pulak la..Hari nie merupakan hari yang memenatkan ditambah pula suasana yang membosankan..Bila la nak habis nie..

Sunday, 15 August 2010

Cuti Yang Agak Menarik



Hari cuti merupakan hari yang paling seronok dalam hidop aku ,ye la aku dapat rehat secukupnya pada hari cuti la..hari nie aku memang tidor habis2 la pukul 3.30 baru bangun memang terbaik la..Bangun je dari tidor aku buka internet dan setelkan ape yang patut,Tapi aku rindu plak la kat umah rase cam nak balik je tapi apekan daya masa tak mengizinkan,so sabar je la..Petang tadi Mak cik aku bawa aku ke Pantai Johor nak pergi bazar ramadhan untun mencari juadah berbuka puasa sebab Mak cik aku dah bagi tau semalam yang ari nie die taknak masak sebab nak rehat so kami ke Pantai Johor mencari sesuatu untuk berbuka..Aku beli Martabak sebab nampak sedap je tapi memang sedap la,len kali nak beli tempat same la..Dari Pantai Johor kami ke Stadium Alor Star pusing2 pastu kami je jalan langar juga pusing2 habiskan mase atas kereta..Wow,memang best la,balik2 je dah nak berbuka..Tapi hari nie agak berbeza sikit sebab selalunya aku ngan mak cik aku kat dapur untuk masak tapi hari nie sume dah siap cuma perlu hidangkan je..Tapi hari nie merupakan hari yang terbaik la..Rase rindu aku kat kampung terubat sebab adanya Mak cik ,Pak cik dan sepupu aku yang comel dan nakal..memang best la,kalaulah hari2 macam nie memang seronok..

Saturday, 14 August 2010

Aku Tumpang Gembira



Aku rase happy sangat2 sebab sume kawan2 aku happy..Aku bangga la ngan kawan2 aku sebab mereka sume dah berubah..Walau hanya perubahan kecil saje yang berlaku tapi aku tetap banggan ngan mereka ye la,sekurang-kurangnya ade gak mereka berubah..Perasaan rindu aku kat kampung halaman maki tinggi..Makin lame makin aku rindu ngan suasana kampung aku..Aku amat2 rindu ngan keluarga aku ngan kawan2 aku dan juga orang tersayang ..Aku harap korang sume okay kat sana..Che Ngah dah berjaya langsungkan perkahwinan die,walau aku tak dapat bersam ngan die sewaktu die angkat nikah tapi takpe la,aku just tumpang gembira bila dengar suara die yang kegembiraan bila aku call die..Ngah tahniah,dan aku harap lepas jadi seorang bapa nie ko jadi la seorang bapa yang baik dan didik anak ko ngan elok jangan biarkan perkara yang lepas berulang kembali..Pape pon aku happy bila tengok ko happy..Borhan plak dah dapat kerje baru,so die sangat2 happy ngab kerja baru die..Borhan kerje leklok ye jangan wat perangai lagi,ingat ase depan dan jangan sesekali lupa kat impian kita ye..Aku dapat rasakan yang impian kite sume dah hampir berjaya cuma sedikit mase je lagi..Aku harap ko pon berjaya..Kalu orang laen bleh berjaya takkan la korang sume takleh nak berjaya..Ingat ye impian kita..

Wednesday, 11 August 2010

Kesakitan Yang Melanda



Aku rase letih dan tak bermaya hari nie tambahan pula kaki aku kesakitan entah macam mane boleh sakit..lepas bangun dari tidor je aku terus merasakan kesakitan pada kaki aku sampai takleh nak jalan,so aku dah buat keputusan untuk ke Hospital sebab aku dah tak tahan..kat dalam Hospital aku tak menunggu lame cam orang lain sebab aku student kerajaan so aku diberi kelebihan oleh pihak Hospital untuk mendapat rawatan dengan cepat tanpa mengikut giliran..Tapi rase cam tak adil la plak sebab orang lain terpaksa menunggu lame..Aku just menunggu lebih kurang satu minit je pastu nombor aku dipanggil so aku masuk je la..Staff kat dalam bilik tu tanya adik sakit ape tapi aku just menjawab tak tau sebab aku sendiri pon tak tau ape puncanya kaki aku jadi macam nie,so Staff tu buat keputusan untuk melakukan X-ray ke atas aku so aku just setuju la..Lepas aku siap melakuka X-ray aku kembali ke bilik tadi pastu aku dok menyembang ngan abang tu yang tengah bekerja,agak lame la sampai lupa nak hantar kad aku ke bilik doktor..Tak lame kemudian nombor aku dipanggil masuk ke bilik doktor,dalam bilik doktor nie aku menyembang lame plak ngan doktor dan nurse sebab aku kenal sangat ngan mereka..Setelah lame sembang doktor kate aku kene rehat so die bagi aku cuti 2 hari..Memang best sebab aku nak tenangkan kepala aku yang serabut nie..Terima kasih banyak doktor Ahmad Zailani,jasamu dikenang..

Ramadhan Menjelma Kembali


Hari nie ari pertama puasa,sangat menarik la bagi aku,bangun sahur pkl 5.30 pagi selepas beberapa kali dikejutkan oleh mak cik aku,Ape yang menarik ari nie ialah aku telah ponteng klinikal tanpa sengaja,ye la smalam aku dah tanya semua orang termasuklah senior aku,dan jawapan mereka adalah hari nie cuti sok aku dah set dalam kepala aku yang ari nie adalah cuti so aku tak bangun la pagi tadi untuk ke tempat practikal tambahan plak handphone aku dalam keadaan silent mode so aku tak sedar pon ade orang call aku pagi tadi tapi takpe la aku yang buat salah ni so aku tak boleh nak salahkan sape2 pasal nie,so aku kene tanggung la ape yang mungkin akan terjadi kepada diri aku..Hari ni aku happy sebab aku rase cam sekejap je mase berlalu hari nie.maklumlah bangun pon dah tengahari..Petang tadi pergi bazar ramadhan ngan mak cik and pak cik aku serta cousin aku yang comel..Time gi bazar ramadhan tadi aku tetibe terkenangkan masakan mama aku kat umah,kan best kalau mama aku ade skang nie..tapi tak pe la aku kene terima kenyataan yang aku terpaksa hadapi dugaan ini seorang diri..Walau pape pon hari nie agak menarikla sebab hari nie permulaan puasa dan tak lame lagi menjelma la syawal..Pape pon selamat berpuasa la wahai sahabat dan semua ahli keluarga aku..

Tuesday, 10 August 2010

Aku Dilanda Kerinduan


Aku terasa amat merindui kawan2 aku kat kampung la,rase cam nak blik umah je la..tapi apekan daya mase tak mengizinkan aku untuk berbuat demikian.Sabar je la tak lame lagi aku dah cuti so time kene keje nie kalu boleh aku nak keje ngan elok kutip ilmu sebanyak mungkin sebaba aku akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mungkin aku sendiri tak tahu macam mane besarnya cabaran itu so  aku kene bersiap sedia mulai sekarang..pape hal pon aku takkan pernah melupakan kisah suka duka aku dan kawan2 aku..Sahabat aku yang berada berjauhan dari aku,aku akan sentiasa merindui korang sume sebab korang semua adalah yang terbaik bagi aku,yang penting korang kenelah pandai jage diri dan sentiasa la happy sebab bila korang sume happy aku bleh tumpang happy..Korang sume adalah yang terbaik dari yang terbaik..Tapi semalaman aku call korang sume tapi takde satu pon yang menjawab..Aku kebuntuan sementara..tapi takpe la asalkan aku tak pernah lupa kat korang sume..

Monday, 9 August 2010

Ape Yang Terbaik






Aku dah cube sedaya upaya aku untuk buat yang terbaik tapi aku tak mampu untuk mendapatkan hasil yang terbaik tapi takpe la sebab aku dah lakukan yang terbaik selebihnya terpulanglah kepada kamu macam mana kamu hendak menilai aku sama ada aku nie baik atau buruk aku terima seadanya kerana aku dah menjalankan segala tanggungjawab aku..So aku rase lepas nie yang terbaik bagi aku adalah aku nak berdiam diri membisu atau cuba mengundurkan diri aku sejauh mungkin..Tapi adekah keputusan ini adelah keputusan yang terbaik...Aku dah buntu dan aku perlukan petunjuk yang mampu menunjukkan aku jalan yang benar..Aku tak nak ape yang aku lakukan ini akan menimbulkan masalah laen plak..Ape yang patut aku lakukan?..aku masih mencari jawapan dan mungkin aku akan ketemui jawapan yang aku cari2 ini tak lame lagi..Harap2 sume akan okay lepas nie..Tapi aku tetap ngan keputusan sementara aku iaitu aku mengundurkan diri jauh2 dan berdiam diri buat sementara watku sampai aku jumpa jawapan yang aku cari2 selama ini..harap2 la..